music

Saturday 22 November 2014

Annyeong Hasimnikka

Salam sejahtera buat para pembaca sekalian.

Kahkahkah rasa sangat pelik sebab aku dah lama sangat tak menulis (baca : menaip). Last aku menulis (sekali lagi, baca : menaip) rasanya tahun lepas, ini blog lama, cuma entri entri sebelumnya aku dah delete memandangkan entri tersebut dah lapuk bagi aku.

Aku terasa nak mula menulis (tolong baca : menaip) balik sebab aku rasa macam loser sangat asyik ranting dalam twitter aku jadinya aku buat keputusan untuk mula aktif ber-blogging semula. Menyampah betul lah guna ayat skema ni haha. Entri pertama ni aku mulakan dengan pengenalan, cuba baca title entri ni, An-nyong-ha-sim-nikka. Maksudnya, "Welcome." Tahu tak maksud 'welcome' tu apa? Tulah mak bapak suruh baca buku kau gi baca blog aku. Hahaha. Welcome tu selamat datang lah! Ish.

Bagi mereka yang dah follow aku kat twitter, mungkin dah ada yang kenal aku serba sedikit, kebanyakannya kenal aku sebagai seorang mamat perasan kacak walaupun betul, seseorang yang tweetnya banyak merapu tapi terselit juga sedikit intipati keagamaan, dan minat kpop atau boleh dibaca lagha. Okay pengenalan ni rasanya macam tak cukup detail jadi baik lah sedar tak sedar apa yang aku merepek meraban ni semua baru intro. Sekarang baru nak masuk topik sebenarnya kahkahkah padan muka baca lagi blog aku.

[aku tau korang bosan sebab baca entri aku kan so nah gambar bunny hihi chumel angat kan awaa.]

Baiklah. *ehem ehem nak meniarap dengan lebih selesa kejap.*

Nama aku, Harif Lee cukup itu saja kau tahu, (nanti adalah tu yang nak buat lawak hambar "oh nama kau Harif Lee cukup itu saja kau tahu" ek?) pfft. Umur aku pulak, tak tua dan tak muda, perangai aku ni unpredictable atau bila dimelayukan unsangkarable. Ramai jugak yang tanya, "awak masih belajar ke?" "awak belajar kat mana?" "awak ambik kos ape?" Ya benar, aku masih belajar, aku belajar kat mana mana je aku pergi, contohnya aku pergi tandas, aku tengok ada lelaki ni baru lepas cuci tangan and then dia ambil tisu, dah lap tangan dia tapi dia tak buang ke dalam tong sampah, di sini ya anak anak kita belajar JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA (subhanAllah harif dont try so hard nak buat lawak plz). Aku ambil kos ape? Setakat ni aku pelajar jurusan seni. Bukan jurus rasenshuriken mahupun jurus kagebunshin.

Setakat itu saja sesi perkenalan kita, aku minta maaf kalau entri aku masih kurang ummph, masih kurang enak kurang sedap bagai sayur tanpa garam kahkahkah macam lirik lagu goyang inul lololol. Izinkan aku mengumpul kekuatan untuk menulis seperti dahulu kala hahaha okay dah boleh stop guna bahasa baku ni. InsyaAllah, until next time semua (itupun kalau ada yang baca blog kau harif).